Want your
own Fotopage?






 
ariff imran FotoPage

By: pok cik p

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 19-Nov-2008 03:35 Email | Share | | Bookmark
hai...takde ke awek's-awek's nak bkenalan nih??












horeyyy!!
aunty 'mun' nak blk ganu raya nnt?
haaa...'besh'nya..nnt boley la singgah sini..
nak jupe abg isk ngan kak suffiya..
yeyeh!!buleh main ngan abg isk eh aunty...
aunty nak blk bile ganu??wape ari cuti??nnt singgah sini eh..
Wed 19-Nov-2008 05:08
Posted by:ariff&imran
wahhhh handsome handsome nye hero ....auntie ada sorang je anak dara ...abang ke adik nak nih ? hi hi hi .

Mmg akan singgah Pie . Lama tak jumpa Sheila n Sopee
Wed 19-Nov-2008 09:13
Posted by:Moon  - [Link]
miera..bila blk ganu??bg la detail skit date,time n wape ari cuti's tu..
hehehe..bukang ape..dok sabor nok jupe sutang n kluarge..
lagi satu,kitaorg nak g beraya kat bentong dulu..kalu ada kat kuantan pun,rasanya raya kedua pagi dah ada kot..
kalu miera xsmpt singgah masa blk ganu,sggh je la time nak blk kl nnt...
nnt bgtau detail eh..nak ejas's masa..
Thu 20-Nov-2008 04:50
Posted by:papa ariff&imran
Add comment


Tuesday, 18-Nov-2008 04:27 Email | Share | | Bookmark

S.S DR.MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN-mufti perlis-http://drmaza.com

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.

Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.

Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.

Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.

Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.

Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.

Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.

Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.

Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.

Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.

Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.

Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.

Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:

“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.

Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.

Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!

Care to comment?


Thursday, 13-Nov-2008 06:49 Email | Share | | Bookmark
INTRODUCING!!!.....SIVAJI THE BOSS!!

 
 
 
View all 21 photos...

amboi lepak nampak ...ewahhhhhhh

pie tak tahu sangat citer pasal dia org . kiter tahu pun darik marina . siap kan gpee ngan rabee . anak dia org tua sket darik isk
Thu 13-Nov-2008 07:01
Posted by:Moon  - [Link]
kesiannya..anak sulung dia la tu kalu sama umur isk..moon.raya aji nati raya kat mana??kelik tganu ke dok?kalu raya kl,ingat nak gak singgah kalu jadi..ingat nak beraya ngan kengkawan jah raya aji nih..tu pasal nik gi derak lah2 kot nu..kalu jadi la..kalu ramai hok tok kelik kg.. Fri 14-Nov-2008 02:44
Posted by:sopee
ha ha mmg kesian . Anak dia comey Pie ..nak wat cam mana tuhan lagi menyayangi nya.

Raya haji balik Ganung ...insyallah sebab dah 2 tahung dok balik nih . Ayah pun dok tgk lagi cucu baru dia hok nih . Kalu nok mari KL kabo la ..meh la tido kat umah kita org . Rupanya umah kita dekat ngan umah Alin n Syed hok dia baru beli ....ley la gie derak2 tapi check in umah kita org tau .

Nok gok gie rasa tomyam tauke yg masak neh ..
Tue 18-Nov-2008 08:00
Posted by:Moon  - [Link]
Add comment


Wednesday, 12-Nov-2008 01:35 Email | Share | | Bookmark
hari-hari terakhir di klate..

 
 
 
View all 20 photos...
kelik klate ep1 dah siap diupload..ada kesilapan teknikal aritu




satu pkara yg aku mula perasan dan ketara sgt2 dah loni...kota bharu semakin sibuk..masa raya takyah cite arr..keta melampau2 byknya..jarak pjlanan yg kalu hari2 biasa ambik masa 15-20min,kalu raya jadi 2jam...ingat lagi raya aritu nak g umah adik aku kat bachok..jarak dr umah aku ke KB 25km.KB-Bachok dlm25km gak...tapi kalu hari biasa adala 30-40min pjalanan...raya aritu aku kena 3jam1/2...perghhh!!
dan skrg gmbr ni aku rakam waktu biasa..bkn lunchour,bkn time kelik keje..dan bkn hari mggu @ hari raya...sedar2 tak sedar,terima atau tak terima..kelantan dah melalui byk perubahan...setelah 18 tahun(ni xdak unsur2 politik eh)...byk sgt yg ketara..dari segi taraf hidup,sosioekonomi...dan gaya hidup serta gaya berbelanja...tapi ada gak yg mulut2 punai kata "memang arr ramai sokmo org kat KB MALL dan TESCO,sbb benda tu baru kat KB..org kelantan 'darak2'.."
huh..amboi...sedap sgguh bahasa...tapi gak aku duk perati skali nga logik akal aku..kalu darak skalipon.org dok gi tiap2 hari kalu tok sbb nak bbelanja..takkan nak ramai tiap2hari menatang hypermarket tuh...lagipun tu bkn tmpt lepak2..kalu nak lepak2,kelantan tok mewah mcm kl...org ramai kuar lepak2...ni tmpt2 MEGA yg ada tuh,semua tmpt tuk bbelanja...yg ramai pon,mokcik2...kaum family...
ada rahsia disebalik semua tu...sbb tu ramai yg kata sama je kalu duk KL pendapatan 2ribu ngan duk kelantan dpt 1ribu..yg beza cuma bank statement..





Care to comment?


Thursday, 6-Nov-2008 10:53 Email | Share | | Bookmark
kelik klate....episod 4

bayu laut siri 2....


anak2 dumex...




bayu laut siri 3...


angin petang...


yaya...


qaqah...




pie , comey comey nyer gambo ....kelas gitew . Pakai kamera gapo loning ...nampak sharp n rangups sajor ...gambo pun best best Mon 10-Nov-2008 06:36
Posted by:Moon  - [Link]
eheh..takdok staro mano pong..gune kamera kodak pakai buang jer..hehehehe...dok eh,pinje hok ore jah..
eh moon...guana cite pasal rabi nga gp aritu??tanya doh baruni tapi dok jawap pong..bz nga openhouse la tu..
Tue 11-Nov-2008 02:40
Posted by:sopee
haaaa...tu sume gambo ori tau..tanpa 'editing'..guna original 'lightening'...sbnrnya bkn xnak guna menda alah tu,tapi dok tahu nak guna..hehehehehe... Sun 4-Jan-2009 01:48
Posted by:sopee
Add comment


Wednesday, 5-Nov-2008 03:16 Email | Share | | Bookmark
kelik klate...episod 3

melawan angin...

sepetang bersama moksu dan qaqah...
1st day kat kg...kg aku nih,area pantai..perkampungan nelayan pon bleh kata gak..jadi tak jakun sgt la ngan pantai2 nih..rasa boring je...kat blakang umah je pantai tu..sbb tu aku jarang sgt g pantai,sbb dah tgk hari2 sejak dr kecik..


bayu laut


titanic

Care to comment?


Tuesday, 4-Nov-2008 04:31 Email | Share | | Bookmark
weh...skroll kebawah dulu...ni dah episod 2..

huwaaaaa.....jeritan sang budak yg tak biasa kena pasir..







acu perati kaki kanan org tu dgn kaki kanan kuda tu...hahahaha...sama kan..sehati sejiwa..






haaaa....yg nih 3rd pitstop...dan yg terakhir daa...brenti pong sebab lapor...dok makang kedaroh sket habok pong yak pagi sakni...makang tongyang....


napok sedap tuh...spesel la jugok...


hok ni se la dok tahang kalu tokey keda tongyang g makang tongyang keda orang...tapi gak sungguh,bukan nok kutuk,tapi gak biarla ada rasa keperimanusiaan etek..paprik ni buleh bilang lauk dia..lima ketul jah isi ayam...hok lain sampah sarap...dohla kerat kacang panjang takdok seni langsung...panjang nok mapuh kerat kacang panjang...supo nok wi makey ko kambing nih!!



siakap 3rasa...sedap..


tapi gak...makanan dia sedap jugok laa...kalu dok sedap pong aku bahang semacang...nok wak guano,mugo pah make keno bayar gak...dok sedap pun,bedal je lah...


pagi dirumah nenet....nenet ariff laa...tok tua haku...

segar2kan mata...ku yah ni wehi nane jugop...kade2 tu blake umoh dio tane rumput nga lalang...hahahahahaha...

rehat2kan minda depan umah nenet..


Care to comment?


Tuesday, 4-Nov-2008 01:31 Email | Share | | Bookmark
kelik klate pulok weh....

kalu kelik gak,bnda yg paling malas...nak drive..fuhh
saya dah ready...cepatla..
saya pon dah ready..
View all 5 photos...
nih edisi kelik raya lagi...ni pulok kelik raya haji..hehehe...kelik awal...awal sunggoh tahun ni,raya lagi sebulan1/2 dah balik...tahun ni saja balik awal,sbb raya nnt xbalik doh...bukan apa,ada 'bigproject' duk nnt pas raya nnt...heheheh...mulala tumbuh tanduk kepala nih...

balik kali ni xdela kena 'gelojoh'..keta pun xbanyak...xsibuk..xde OPS SIKAP...jadi bulehla ilek2 kan badan..rehat2..bersantai...untung balik awal raya nih...tapi gak aku ni,awal bebenor..1st stop,singgah kat pantai kemasik dulu







pekena A.B.C laaa...macam biasa laa kalu g pantai gak...krepok goreng,pisang goreng...supo takdok bendo lain doh nok jual...hehehe..tapi gak,kalu jual benda lain.tok laku pulok...









gerai krepok yg mengancam jiwa...dan pkejenya yg menggoncang keimanang!!hahahahah...tukar jugok hok mano krepok,hok mano pkeja..









nih pulop 2nd stop...brenti smyg kat k.tganu...ikhlas aku oyak,dlm 3negeri pantai timur hok ada ni,tganu mmg best...banyak tmpt cantik2...kalu malam..bercahaya..ada nur..hahahaha..sbb tu tiap kali aku balik.aku pilih balik kot tganu...kalu kira jauh skit la...sejam lebih gak beza banding ngan kelik kot KUALA BERANG nuh...natang!makang sorang,kecing blang cacang!!hahahaha







maghrib disini...


sepatutnya..sabtu 2-3hari lepas aku kna g kl...pastu baru balik kb..tp gak,tah cmana kena kensel last2 minet..ada program jugok kat kl sabtu baruni..erman busuk nikoh..jd,dikesempatan ni aku nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU erman...moga2 mu tok busuk doh lepas dapat bini nih...hahahaha..weh,sori la xdpt g....


anak2 aku ni...jarang dapat dtg tmpt2 gini...duk main kot dalam kedai je slalu..kalu tak caya,try mu tunjuk kuali kat dia..pastu tgk apa reaksi dia...







Care to comment?


Saturday, 1-Nov-2008 04:46 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 18 photos...

Care to comment?


Saturday, 25-Oct-2008 02:20 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 5 photos...
mari sembahyang...mari kita sembahyang...










bersama selamanya...






ok ker??













anak da 2 x bg tau pn..btw congrats 4 having 2 lovely little boy... Fri 31-Oct-2008 01:53
Posted by:take 5
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.